
Pemohon boleh menyemak senarai yang diperlukan dengan memuatturun borang permohonan.

Sistem Maklumat Pengurusan Latihan untuk kakitangan awam Negeri Johor memohon pelbagai kursus yang ditawarkan oleh agensi-agensi dari Negeri Johor.

eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

Portal ini berfungsi sebagai salah satu medium untuk rakyat memberi maklumbalas dalam bentuk aduan, cadangan, pertanyaan dan penghargaan.

Permohonan latihan industri / praktikal secara atas talian yang merekodkan data-data pelajar praktikal di sesebuah organisasi seperti maklumat pelajar, institusi pendidikan dan sebagainya.

Data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Sektor Awam atau Swasta

Pemohon boleh menyemak kedudukan permohonan dengan menggunakan nombor rujukan permohonan yang diperolehi dari kaunter OSC MPKu semasa permohonan didaftarkan

OSC Online adalah sebuah sistem elektronik untuk membuat penyerahan pemohonan dan memproses permohonan untuk kawalan pemajuan. Ianya juga merupakan suatu platform elektronik untuk mendapatkan maklumat dan berkomunikasi secara dua hala untuk maklumat-maklumat berkenaan dengan kawalan pemajuan.

Pengguna boleh mengikuti perkembangan semasa harga lebih 400 barangan keperluan pengguna di seluruh. Price Catcher membantu pengguna merancang perbelanjaan secara bijak dengan membuat perbandingan harga dan mengetahui premis berhampiran yang menawarkan harga barangan berpatutan.

Aplikasi MyHRMIS Mobile merupakan aplikasi mudah alih JPA yang terkini dan merangkumi semua fungsi yang terdapat dalam aplikasi MyHRMIS sedia ada, iaitu MyHRMIS Cuti, MyHRMIS Profil, MyHRMIS eGL, MyHRMIS Self Check, MyHRMIS Care dan MyHRMIS Keluar Pejabat.
SENARAI PELBAGAI INFO CUKAI MAJLIS PERBANDARAN KULAI
Cukai Harta atau Taksiran adalah cukai yang dikenakan ke atas setiap pegangan berkadar dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Kulai seperti:
-Rumah Kediaman
-Harta Perusahaan dan Perdagangan(kedai, kilang, hotel dan sebagainya) -Tanah Kosong
-Tanah Pertanian Unit-unit dalam rumah pangsa, kondominium, bangunan pejabat dan lain-lain bangunan bertingkat juga merupakan pegangan berkadar yang dikenakan cukai harta.
Cukai harta perlu dibayar 2 kali setahun iaitu:
Mengikut Seksyen 147(1) Akta 171 Kerajaan Tempatan tindakan yang akan dikenakan jika anda tidak menjelaskan bayaran dalam tempoh tersebut . Rujuk bahagian perundangan (akta).
Sekiranya anda tidak menerima bil cukai harta, anda boleh datang sendiri ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Kulai untuk mendapatkan bil-bil anda. Jangan lupa bawa bersama maklumat-maklumat seperti berikut:
-No.Lot/Rumah dan kedudukan harta atau
-No.Akaun (jika ada) atau
-Bil lama untuk rujukan
Anda perlu menyerahkan bil dan notis Borang E kepada pemilik. Jika pemilik tidak menjelaskan tunggakan tersebut, tindakan menahan harta penyewa boleh diambil. Bagaimanapun, Majlis Perbandaran Kulai boleh mengecualikan tindakan tersebut dengan menawarkan kepada penyewa supaya membayar sewa premis terus kepada Majlis Perbandaran Kulai sehingga tunggakan cukai dijelaskan sepenuhnya sebagaimana peruntukan Seksyen 151(5) (6) Akta 171
Tunggakan boleh dibayar secara ansuran sekiranya jumlah tunggakan dalam jumlah yang besar. Borang permohonan boleh diperolehi di jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Kulai. Majlis akan menetapkan jumlah ansuran bulanan yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Cukai Harta atau Taksiran adalah cukai yang dikenakan ke atas setiap pegangan berkadar dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Kulai seperti:
Cukai harta perlu dibayar 2 kali setahun iaitu:
Mengikut Seksyen 147(1) Akta 171 Kerajaan Tempatan tindakan yang akan dikenakan jika anda tidak menjelaskan bayaran dalam tempoh tersebut . Rujuk bahagian perundangan (akta).
Sekiranya anda tidak menerima bil cukai harta, anda boleh datang sendiri ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Kulai untuk mendapatkan bil-bil anda. Jangan lupa bawa bersama maklumat-maklumat seperti berikut:
-No.Lot/Rumah dan kedudukan harta atau
-No.Akaun (jika ada) atau
-Bil lama untuk rujukan
Anda perlu menyerahkan bil dan notis Borang E kepada pemilik. Jika pemilik tidak menjelaskan tunggakan tersebut, tindakan menahan harta penyewa boleh diambil. Bagaimanapun, Majlis Perbandaran Kulai boleh mengecualikan tindakan tersebut dengan menawarkan kepada penyewa supaya membayar sewa premis terus kepada Majlis Perbandaran Kulai sehingga tunggakan cukai dijelaskan sepenuhnya sebagaimana peruntukan Seksyen 151(5) (6) Akta 171
Tunggakan boleh dibayar secara ansuran sekiranya jumlah tunggakan dalam jumlah yang besar. Borang permohonan boleh diperolehi di jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Kulai. Majlis akan menetapkan jumlah ansuran bulanan yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
SENARAI KADAR SEWAAN MAJLIS PERBANDARAN KULAI
SENARAI VENDOR KUPON TEMPAT LETAK KERETA MAJLIS PERBANDARAN KULAI
Notis Semakan
Notis Bantahan

AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976
(AKTA 171)
NOTIS MENGENAI SENARAI NILAIAN BARU
(SEKSYEN 141)
Menurut Seksyen 141, Akta Kerajaan Tempatan 1976, maka diberitahu bahawa Majlis Perbandaran Kulai menurut Peruntukan Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah menyediakan satu Senarai Nilaian baru terhadap semua pegangan di kawasan Majlis Perbandaran Kulai yang akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2020 dan Majlis Perbandaran Kulai akan mula menyemak Senarai Nilaian tersebut mulai 9 Disember 2019.
Maka itu, mana-mana orang sama ada pemunya atau penduduk atau agen mana-mana orang itu yang pegangannya termasuk dalam Senarai Nilaian tersebut, boleh memeriksa Senarai Nilaian itu di pejabat Majlis Perbandaran Kulai, Jalan Pejabat Kerajaan 81000 Kulai, Johor pada waktu pejabat dan membuat cabutan daripadanya tanpa bayaran.
Majlis Perbandaran Kulai telah menghantar notis mengenai Senarai Nilaian baru terhadap semua pegangan di kawasan Majlis Perbandaran Kulai. Sekiranya pemilik pegangan yang belum lagi mendapat notis berkenaan, diharap dapat membuat semakan di Bahagian Penilaian, Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, Tingkat 2, Majlis Perbandaran Kulai.
Bertarikh pada: 30 September 2019
[(MPKu.JPPH.15/3/4; SUKJ.KT.61/35/1E Jld 3 (19)]
HAJI MOHAMMED SHAKIB BIN HJ ALI
Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Kulai

MAJLIS PERBANDARAN KULAI
AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976
(AKTA 171)
NOTIS MENGENAI SENARAI NILAIAN BARU
(Seksyen 141)
Menurut Seksyen 141, Akta Kerajaan Tempatan 1976, maka diberitahu bahawa Majlis Perbandaran Kulai menurut Peruntukan Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah menyediakan satu Senarai Nilaian baru terhadap semua pegangan di kawasan Majlis Perbandaran Kulai yang akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2020 dan Majlis Perbandaran Kulai akan mula menyemak Senarai Nilaian tersebut mulai 9 Disember 2019.
Oleh dengan demikian, di bawah Seksyen 142, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), seseorang yang terkilan dengan Senarai Nilaian tersebut atau mana-mana daripada alasan-alasan berikut:
a) bahawa sesuatu pegangan yang baginya dikenakan kadar adalah dinilai lebih daripada nilainya yang boleh dikenakan kadar;
b) bahawa sesuatu pegangan yang dinilai adalah pegangan yang tidak boleh dikenakan kadar;
c) bahawa seseorang atau sesuatu pegangan yang sepatutnya termasuk dalam Senarai Nilaian itu adalah ditinggalkan daripadanya,
d) bahawa sesuatu pegangan adalah dinilai kurang daripada nilainya yang boleh dikenakan kadar; atau
e) bahawa sesuatu pegangan atau pegangan-pegangan yang telah dinilai secara bersesama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain,
boleh membuat bantahan secara bertulis kepada Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kulai pada bila-bila masa sebelum atau selewat-lewatnya pada 21 November 2019.
Bertarikh pada: 30 September 2019
[(MPKu.JPPH.15/3/4; SUKJ.KT.61/35/1E Jld 3(19)]
HAJI MOHAMMED SHAKIB BIN HAJI ALI
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kulai
| Lampiran |
| Tiada dokumen buat sementara waktu |
Accessibility