MAJLIS PECAH TANAH JALAN ALTERNATIF BANDAR PUTRA - SALENG
19 Januari 2026 | Bandar Putra
Telah berlangsung lawatan Majlis Pecah Tanah Jalan Alternatif Bandar Putra- Saleng oleh Yang Berhormat Dato’
Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor bersama Tuan Mohd Hafiz Bin Aliman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai.
Projek ini merupakan sebahagian daripada perancangan rangkaian jalan baharu yang bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas, memperbaiki aliran pergerakan harian penduduk, serta mewujudkan hubungan yang lebih efisien antara kawasan perumahan, perindustrian dan pusat ekonomi.
Bagi laluan utama, projek ini melibatkan pembinaan jalan penghubung sepanjang 2 kilometer dari Jalan Putra 1, Bandar Putra ke Jalan Tee Teck San, Kawasan Perindustrian Saleng, dengan keluasan kira-kira 3 ekar, di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) dan dilaksanakan oleh IOI Properties Sdn Bhd sebagai pemaju pelaksana.
Selain itu, rangkaian ini turut disokong dengan cadangan jalan pintas baharu Saleng – Perindustrian Senai – Jalan Jumbo dengan jarak keseluruhan sekitar 3.05 kilometer, yang akan dibangunkan bersama pemaju sekitar serta kerjasama pihak Senai Airport dalam urusan penyerahan tanah.
Turut serta ke majlis ini adalah Tuan Ts Haji Azmee Bin Awang, Setiuasaha Majlis Perbandaran Kulai; Encik Sufian Bin Suleiman, Ketua Penolong Setiausaha, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Kerajaan Tempatan; Encik Mohd Fadil Bin Misnan, Ketua WHIP Majlis Perbandaran Kulai, Ahli-ahi Majlis dan ketua-ketua jabatan.