Satu Majlis Perasmian Penyerahan Insentif Khemah Usahawan Mikro Daerah Kulai Di bawah kawasan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri pada hari ini.
Insentif Khemah kepada usahawan mikro merupakan cetusan idea Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor yang bertujuan membantu usahawan mikro menerusi pemberian khemah. Inisitif prihatin ini telah diperkenalkan dan diluluskan di bawah Belanjawan Johor Tahun 2024, 2025 dan 2026 dengan peruntukan keseluruhan RM8.0 Juta yang memberi manfaat kepada 16,000 usahawan mikro di negeri ini.
Di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kulai, inisiatif ini telah dilaksanakan penyerahan kepada perniaga sebanyak 300 unit khemah melibatkan penjaja dan peniaga kecil di kawasan dalam bandar dan kawasan luar bandar termasuk kawasan kampung dan Felda.
Turut hadir adalah yang berbahagia Tuan Mohd Hafiz Bin Aliman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai; Yang Berusaha Encik Muhammad Yusof Bin Md. Esa, Pengurus Besar PUJB; Yang Berusaha Tuan Haji Ts. Azmee bin Awang, Setiausaha Majlis Perbandaran Kulai; Ketua-ketua Jabatan, Majlis Perbandaran Kulai