MAJLIS PERASMIAN PROJEK ECO HOUSE @ BUKIT PERMAI
08 FEBRUARI 2026 | Cengal, Bandar Putra
Telah hadir Tuan Mohd Hafiz Bin Aliman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai bagi merasmikan Projek Eco House @ Bukit Permai selaku wakil rasmi Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor di Pangsapuri Rakyat Jalan Cengal.
Projek Eco House @ Bukit Permai merupakan satu inisiatif penting yang berjaya dilaksanakan di bawah Program Sejati Madani yang siap sepenuhnya pada Jun 2025, pusat ini telah memainkan peranan signifikan sebagai pusat pengumpulan sisa kitar semula. Selain itu, ia turut berfungsi sebagai ruang aktiviti komuniti yang menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar di kawasan perumahan yang padat penduduk.
Eco House ini juga bertindak sebagai hab pendidikan kelestarian, khususnya dalam meningkatkan kesedaran penduduk tentang kepentingan kitar semula dan pengurangan sisa dan sebanyak 1,318 kilogram bahan kitar semula telah berjaya dikumpulkan.
Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐘𝐀𝐓𝐈𝐌 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 KULAI yang telah disempurnakan oleh Tuan Yang Dipertua diiringi oleh Encik Md. Rozamusliadi bin Roslan, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan & Perlindungan Anak Yatim Islam Daerah Kulai.
Turut hadir ialah Yang Berusaha Puan Sharini binti Zakaria,Pengarah Kolej Komuniti Kota Tinggi;Yang Berusaha Puan Hajah Nurul Nadia binti Ab Aziz, Ahli Majlis Zon 7 (Hutan Bandar Putra), merangkap Penasihat Projek Eco House @ Bukit Permai; Yang Berusaha En. Zaaba bin Kadir,Pengerusi Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Rakyat; pemimpin masyarakat, pertubuhan belia, penduduk Pangsapuri Rakyat Jalan Cengal.