MPKu MENJADI WAKIL JOHOR MEMPAMERKAN KULAI FAST LANE (KFL) DI SIMPOSIUM AGENDA REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM (ARPA)
10 SEPTEMBER 2025 |
PUTRAJAYA: MPC Wilayah Selatan telah menjemput Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) dalam mempamerkan inisiatif Kulai Fast Lane (KFL) tanda menyokong pelaksanaan Simposium Penilaian Strategik Setahun ARPA 2025, yang menampilkan pelbagai inisiatif reformasi perkhidmatan awam termasuk sesi konsultasi bersama wakil industri dan NGO.
Bersempena setahun pelaksanaan ARPA yang diperkenalkan oleh Ketua Setiausaha Negara Yang Berbahagia Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, beliau turut memberi amanat iaitu:-
“𝘑𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘶𝘵𝘶𝘴 𝘢𝘴𝘢, 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘩𝘢𝘳𝘢𝘱𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘶𝘯𝘤𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘶𝘬𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘨𝘢𝘭𝘢 𝘱𝘪𝘯𝘵𝘶 𝘬𝘦𝘣𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯.”
(ARPA) merupakan suatu kerangka strategik menyeluruh yang digariskan bagi memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan awam ke arah yang lebih cekap, berintegriti dan berfokus rakyat. Seluruh penjawat awam hendaklah mendukung ARPA sebagai kerangka asas dalam melaksanakan reformasi ke arah membina perkhidmatan awam berprestasi tinggi, responsif dan inovatif demi kesejahteraan rakyat serta masa depan negara.
Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) menyokong pelaksanaan ARPA dengan menampilkan inisiatif baharu melibatkan penambahbaikan KFL kepada Johor Super Lane (JFL) di pameran tersebut. Ini mencerminkan komitmen berterusan ke arah sistem penyampaian awam yang lebih cekap, responsif dan berteraskan produktiviti nasional.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada hadirin yang menyokong inisiatif KFL antaranya Yang Berbahagia Tan Sri
Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; YDH. IG Dato’ Sri Haji Mohd Khalid Bin Haji Ismail, Ketua Polis Negara; Ybhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; Ybhg. Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia; Ybhg. Datuk Dr. Mohd. Bakhari Bin Ismail,Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan); Ybhg. Datuk Zahid Bin Ismail,Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC); Ybhg. Datuk Wira (Dr.) Hj. Ameer Ali Mydin, Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah); YBhg. Tan Sri Dato' Soh Thian Lai, President of the Federation of Malaysian Manufacturers (FMM); Ybrs. Puan Syuhaida Binti Abdul Wahab, Pengarah Bahagian Reformasi Sektor Awam Jabatan Perkhidmatan Awam; Encik Muhammad Zulfadhli Bin Ishak, Penolong Setiausaha (Pembangunan Sumber Manusia) selaku wakil rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan, serta pelabur dan pemain industri.
"𝑲𝑼𝑳𝑨𝑰 𝑲𝑬𝑺𝑨𝒀𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑲𝑰𝑻𝑨"